THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 24, 2009

dsk1s2



Friday, October 23, 2009

katak, kodok dan monyet


Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Tuesday, October 20, 2009

kunci kereta


Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata, “Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?” “Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan penyangkut baju.” Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.” “Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.” “Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”

hari jadi ke-17


Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Thursday, August 27, 2009

hye=)


hye sume..
arini kiteowg bru blaja wt blog..huhu
senyum slalu..dadaa